Wednesday, September 3, 2008

Yang terkini... tentang Aku.....

Salam semua.. apa kabar.. masih ingat lagi tak ngan cerita aku yg dulu2 tu.. yang dulu2 tuuu... hii hi hiii.. Kini, aku nak update kisah aku ... lepas jer aku berenti 'dikerjakan'... aku fokus dengan apa yang aku jalankan.. 'unstoppable income' using unstoppable method..with unstoppableteam... memang succsess...
Ni gambar aku masa nak last2 keja tu..... muka semua senyum jer... dalam hati... perghhh.. asyik kena belasah dengan boss jerr....
at YM

Selepas setahun aku berenti, hasil pertama.. rumah ni laa..
alhamdullilahh.. rezeki allah.. dapat gak aku beli rumah.. 10 tahun bekerja, masih dok ngan mak mertua.. tapi, lepas setahun, ini untuk keluarga aku... yang aku sayang.. apa lagi yang boleh kita berikan utk keluarga kitaaa.. selain kasih sayang.. yer takk..

Selepas tu, mungkin rezeki yg tak putus-putus... unstoppable la katakan... untuk tahunn yang kedua.. 6 bulan jer, alhamdullilahh.. Benda yang tak pernah aku impikan.. yang tak pernah termimpi, walau dalam mimpi.... BMW... 3 series jerr...tapi.. ok laaa yer tak.. aku ingat kalau keja.. masih pakai keta nasional ke2 tu jer la kut... dan, ada benda yang belum aku dapat capai.. aku masih lagi dalam perjalanan melengkapkan misi akuu.

Errmmmm.... by next year .. aku try target untuk rumah kat belakang ni... Paling lewat, 2 years.... insyaallah... dan aku rasa aku patut berkongsi dengan orang lain pasal peluang ni.... Simple method... semua orang boleh buat.. Tak kisah la, kau kelulusan tinggi atau tak berkelulusan.. sebab.. we share the way.. u just follow......
Dare to share... will u???
o12 3142982

Tuesday, June 3, 2008

UNSTOPPABLE autosport

UNSTOPPABLE AUTOSPORT-Hasil usaha Unstoppable Team melalui program Unstoppable!!
Bisnes yang menelan belanja RM350,000 ini adalah milik anak melayu yang melalui proses 'transformed-anything possible!'..dan ianya CASH semata-mata!! Tanpa ada sesen pun loan daripada bank!!


















Monday, February 18, 2008

Siapa kita??.... Siapa dia....

Pernah tak korang tau sifat sifat kita, atau sifat-sifat kawan-kawan kita, orang yang kita sayang.

Bukan mintak percaya, cuma nak kongsi jer... Kita hidup dengan 5 elemen.. logam, air, api, kayu dan tanah... dari elemen-elemen inilah, kita dapat merungkai sifat-sifat kita. Macam mana kita nak tau elemen kita?? Melalui tarikh lahir kita...

1= Anda merupakan Ketua atau pemimpin(kumpulan,keluarga,agama,kerajaan,persatuan, dll),berani,tegas,mempunyai cita-cita tinggi,berkeyakinan diri,suka bebas. (LOGAM)

2 =Mempunyai idea yg bernas,tidak mempercayai kebolehan diri,berfikir dulu sebelum berkata-kata,kuat bercakap,Pandai Berkata-kata,Menyanyi,Berpidato,Pensyarah, pedebat dan boleh dikatakan lebih banyak menggunakan vocal (suara). Contohnya Siti Nurhaliza.Penyayang,lembut hati,tidak suka bersendirian,suka menolong,suka buat kerja org lain,selalu fikir dan peka ttg perasaan org lain, (AIR)

3=aggresif,baran,kurang sabar,kreatif,suka bersosial,mudah mesra,pandai berjenaka,ceria,mudah bergaul,mempunyai kelebihan lisan dan perkataan yg boleh di gunakan dlm bidang penulisan dan lakonan.suka membuat sesuatu tapi jarang menghabiskan dan menyudahkan,suka melihat org lain gembira dan lakukan apa saja untuk melihat org itu gembira. (API)

4 = Perancang yg bagus,bijaksana,degil,suka ikut cara yg tersendiri,mampu bersabar,tekun bekerja,suka kerja keras,suka melakukan tugas secara sendirian,sgt peka,mempunyai cita-cita tinggi,mudah tertarik dgn aktiviti luaran,keras hati,fikiran dan kehendaknya sukar di ubah. (KAYU)

5 =Serba boleh,menceburkan diri lebih dari satu kerjaya dalam satu masa,amat berhati-hati,suka mencuba perkara baru,sikap ingin tahu,suka ambil risiko,bersemangat,mudah terpengaruh dgn perkara-perkara yg merugikan bakat,sentiasa sibuk mencari sesuatu peluang,mempunyai tenaga dan semangat yang kuat,mempunyai perasaan yg dirinya sentiasa dlm keadaan muda,degil,keras kepala,beremosi,pemarah. (TANAH)

6= mewakili kesenangan dan kekayaan,displin,teratur,tersusun,lebih menumpukan pada kesempurnaan diri sendiri,tidak suka sambil lewa dan kemalasan,cekap,degil,suka mengarah,terlalu mahukan ketepatan,suka buat kebajikan,suka membantu dan mejaga orang,romantik. (LOGAM)

7= Nombor bertuah,Suka berfikir,suka kesempurnaan,penganalisa,menerima sesuatu jika ada fakta,belas kasihan,suka membantu,minda yg baik,suka mencari dan menyelesaikan sesuatu perkara yg tersembunyi,suka berahsia,suka mempersoalkan tetapi tidak suka di soal,gemar memberi contoh dan teladan yg baik.sangat berpengetahuan,penyelidik yg baik,banyak pengikut, (AIR)

8=Berkebolehan mengurus sesuatu institusi,sibuk melihat dan mencari-cari sesuatu,sering tertekan,tabah,waras,adil,berterus terang,penilai yg baik,tegas,Kuat bekerja/belajar,mempunyai perancangan yg hebat. (API)

9=Cintakan sesama manusia,suka menolong org,bersifat gagah,boleh dipercayai,boleh di harap,menanggung beban tanpa sunggutan,tekun,berusaha,boleh menghiburkan org lain,suka berahsia,tamak,suka mengharapkan ganjaran,kurang bersimpati,tiada tolak ansur,tidak sensitif terhadap perasaan org lain,imiginasi yang baik atau kreatif,penghibur. (KAYU)

Macam mana ye nak dapatkan nombor kita ni... senang jer.. ikut cara di bawah.

cth: TARIH LAHIR PADA 04/03/2008

A B C D E F G H
0 4 0 3 2 0 0 8
I J K L
4 3 2 8
M N
7 1
O
8




A+B= I
C+D= J
E+F= K
G+H+ L


I+J= M
K+L= N


M+N= O (NOMBOR AKAR)


cuba laa...... nilai diri anda...

Aku seorang pekerja.... dulu laaa..

Dulu aku pun macam korang.. Pagi-pagi dah bangun.. sembahyang subuh, pastu dah siap-siap untuk memulakan kehidupan sebagai seorang pekerja. Pukul 7 dah start panaskan enjin motor.
Nasib baik cuaca cantik tak hujan... kalau tak, dok tepi jalan laa tunggu hujan berenti.. Dekat setengah jam perjalanan, baru lah sampai di tempat kerja.. Naik kebas punggung...Aku kerja sebagai seorang pembantu stor jer.. maklum lah... SPM jer... itu pun pangkat 3... Ikut title "pembantu stor", tapi job description nya, akulah pembantu stor, akulah sales, akulah despatch, akulah kerani, akulah QC, dan akulah driver... senang kata 'macai' laa... gaji aku langsung tak sepadan dgn kerja... tapi nak buat cam mana... aku yg pilih kerja tu.. aku yang isi borang,aku yang pergi interview, aku yang nak.... Pasal apa... itu jer kelulusan yang aku ada...

Buat salah, kena marah, itu ok laaa.. Ni kalau orang lain buat salah pun, aku gak yang kena marah.... uiiiii... tension..... tapi nak tak nak, esok datang kerja lagi... esok kena marah, lusa datang kerja lagi.....Kerja bagai nak gila, OT tak kira... tapi, aku tak boleh komplen.... aku yang pilih kerja tu......

Aku ingat itu saja pilihan yang ada, tapi rupa-rupanya, banyak lagi jalan yang ada yang aku boleh buat walaupun takde kelulusan yan bagus...Tapi sebelum tu, aku buat part time meniaga burger kat area rumah... Pukul 8 buka, pukul 11 tutup.. Hasilnya, boleh la bagi dua dengan isteri kesayangan.. Tapi, letih nya yang lebih.... balik, bila nak 'bersama' pun dah tak larat...

10 tahun bekerja, saving pun takde.. selama 10 tahun jugak laa aku dok ngan mak mertua aku..
Pasal, tak mampu nak beli rumah sendiri. Nak sewa, tak larat. Kerja teruk-teruk laki bini, hujung bulan dapat gaji, bayar hutang... Duit gaji tu bagi salam jer kat dalam akaun bank.. Pastu,
gi kat akaun lain.. Dapat bonus, time tu laa road-tax mati, kereta rosak... macam tau-tau jerr..

Tapi itu dulu laa.. setahun yang lepas.. Sekarang, aku dah tak kerja lagi.. Dah resign.. aku dapat part time baru.. senang giler aargghh... kerja MACAM DESPATCH, tapi GAJI MACAM MANAGER.... tapi bukan terus berenti laa... aku buat part time dulu... tapi, alhamdullillah..
Aku berenti jual burger, aku buat la kerja baru aku tu secara part time.. waktu dia pun lebih kurang sama jer macam aku meniaga burger.. tapi kerja senang.... tak letih... Lebih kurang 4 bulan lepas tu, aku resign... semua orang kat tempat kerja terkezutt... Buat apa aku nak tunggu,
aku dapat 3 kali ganda dari gaji aku bekerja kat situ.. baru part time... kalau aku buat full time,
perghhh... sawan beb.... sawan duit. Alhamdullilah, berkat doa dari ibubapa, dan tunjuk ajar kawan-kawan yang ada di sini, hidup aku dah berubah.... dan sekarang masih lagi dalam proses ... Setahun jer aku buat bisnes ni dah boleh beli rumah sendiri, kereta pun dah cash. Nak beli kereta baru, nanti dulu laa.. Rumah lagi penting... Nak rasa dok kat rumah sendiri.....

Kalau ada rezeki lebih, insya allah aku nak taja mak aku, bapak aku, mak metua aku dan mak ngah kesayangan aku pergi umrah tahun ni... Isteri aku sekali laa.. dan aku harap, aku dapat bawak dorang sekurang-kurang nya sekali, pakai duit aku sendiri... aku ada mak sorang.. ayah sorang... kalau aku kerja lagi, aku rasa, ntah bila aku dapat bawak dorang pergi ke sana... Entah sempat ker tidak.. Cuba korang bayangkan.....

Aku berterima kasih sangat la dengan kawan-kawan yang ada dalam unstoppableteam ni..
Dengan tunjuk ajar yang korang bagi, dengan dorongan ...terima kasih banyak-banyak. Aku berada di group yang betul.. yang boleh bimbing aku.... terutama... sifu.. KhairolR... terima kasih dengan ilmu yang abang bagi... Rupa-rupanya, orang yang takde kelulusan macam kita pun boleh berjaya... dan ramai yang ada title 'J'... bukan janda,.. tapi "JUTAWAN".... aku.??? insya allah.... coming soon......

apa bisnez????? pls call/ sms....... 012-3142982
atau email eddie_unstoppableteam@yahoo.com

Thursday, February 14, 2008

Renungan bersama.....Ingatlah orang-orang yang tersayang...

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm.... nak tanya apa?
Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang,
Ayah: Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgi Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "

Ayah: Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"
Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang."
Anak: Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "
Ayah: Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

Anak: Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..
Ayah: Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya.....

Moral: Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi.. yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yangbekerja keras sepanjang hidupnya.. yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita.. yang sentiasa berada di hati kita..Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat akan senang2 cari orang lain.. gantikan kita.Tapi.. keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

Moral: jangan gila kerja sgt... berpada pada la....

Tuesday, February 12, 2008

Nak settlekan hutang-hutang kita tak???

Cara baru settlekan hutang-hutang kita. Hutang rumah, hutang kereta, kredit kad dan lain-lain lagi lah, tapi tanpa guna duit gaji kita... mcm mana?? BANK tolong bayarkan... Senang giler lahh.. Banyak dah orang yang dah bebas dari hutang-hutang ni.. Nak tahu macam mana, sms jer ker nombor 012-3142982, untuk kita set kan satu temujanji.. Saya cerita, anda nilaikan...